Sejarah Larut Selatan (kawasan persekutuan)

Kawasan Larut Selatan terletak di timur laut negeri Perak yang juga bersempadan dengan Selat Melaka di baratnya.[1] Ia diciptakan dari Larut-Matang. Walaubagaimanapun, kawasan Larut Utara telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Matang dan Taiping. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Larut Selatan. Mereka ialah Lim Swee Aun dari Parti Perikatan, C.H. Yin dari Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Md Yunus Md Hashim dari Persatuan Islam Se-Malaya/Tanah Melayu (kini Parti Islam Se-Malaysia). Lim Swee Aun telah menang dan telah menewaskan dua calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 11,218.[3]

Kawasan parlimen Larut Selatan merangkumi tujuh mukim dalam Daerah Larut dan Matang, Kampung Boyan, Haji Kampong, Kota Raja, Tupai dan bahagian selatan Jalan Swettenham di kawasan Majlis Perbandaran Taiping.[4]

Rujukan

WikiPedia: Larut Selatan (kawasan persekutuan) http://www.singapore-elections.com/malaysia-electi... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-200... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... http://web.archive.org/web/20160604045153/http://w... http://web.archive.org/web/20170325081127/http://w... https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20160424120924/http://... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised...